aYaT-aYaT ciNta

Tuesday, September 22, 2009

-KhaS SahabatKu Sayang-

Apakah yang dimaksudkan ukhuwah??..Bagi yang memahaminya tentunya kalian berasa senang apabila diungkapkan kalimah penuh bermakna dan dalam ini..Ukhuwah adalah kesatuan hati demi mendapat redhaNYA yang satu..
Kesatuan hati sesama saudara Islam hanya kerana Allah..Kami berukhuwah kerana Allah.Kami sayang sahabat2 kami kerana Allah..Kami berkasih kerana Allah..semuanya tidak lain hanya kerana Allah..adakah masih menjadi persoalan dimana ikatan hubungan kami yang rapat dan utuh ini??jelas hanya satu jawapan,kerana ALLAH..amin.

Ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik(husnul zon) ataupun berlapang dada.dan yang paling tinggi adalah meletakkan kepentingan saudara/sahabat lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri.Seperti hadis yang mengatakan"Setinggi-tinggi ukhuwah itu melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhuwah itu berbaik sangka dengan saudara kita".
Kami juga bergerak kerja kerana Allah..Kami cuba menjadikan hati-hati kami ikhlas kerana Allah.Seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran,kami mengejar cinta dan pahala dari MU.Kami berjihad hanya untuk jalanMU,kami sanggup penat bergerak kerja untuk menegakkan agamaMU dikala orang lain berusaha merosakkannya.Kami cuba mengikhlaskan hati kami hanya keranaMU.




" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih":Surah As-Saff;Ayat 10

"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-rasul dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu itulahyang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui":Surah As-Saff;Ayat 11



Kami juga bergaduh,bertikam lidah keranaMU.Kami melakukan semuanya hanya keranaMU,memikirkan bagaimana seharusnya mahu ingin terus menegakkan agamaMU yang satu.Kami mahu melakukan yang terbaik hanya demi agamaMU.Bantulah kami Ya Allah,berkatilah kami agar terus mengikat hati-hati kami hanya keranaMU..Teguhkanlah,peganglah,ikatlah,dan terangilah hati kami keranaMU..Cintalah kami kepada mereka hanya keranaMU..Keutamaan cinta perlu disuburkan kearah mencintai Allah SWT.

Pesanku pada sahabat2 perjuangan moga antum semua teruskan perjuangan ini.Kita bukanlah pemula atau penghabisan perjuangan tetapi adalah mata-mata rantai penyambung perjuangan dan dakwah yang ditinggalkan oleh kekasih Allah,Rasullah s.a.w.
Hanya Allah jualah yang maha mengetahui apa itu cinta dan sayang ana pada kalian..Ana menyayangi kalian kerana Ana mencintai Allah..Ya Allah mahabbahkanlah cintaMu kepada mereka.Amin..




"Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepda semua amalan(aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadamu":Hadis riwayat Tirmidzi;3341

"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga kasih ia kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri,"(Hadis riwayat Bukhari&Muslim)

"Dan hendaklah diantara kamu ada golongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."(Ali Imran:104)

Monday, September 21, 2009

SEPAHIT MADU

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.
********************************************************************************
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]






HEROKAH AKU?!






Sekadar renungan buat kita semua, forwarded daripada emel sahabat..Pernah tak sahabat semua renungkan..... betapa kita tidak sanggup untuk bangun malam Buat solat sunat tapi, sanggup tak tidur malam untuk buat assignment..... Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynya disulami dengan zikir...

Apabila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari Allah. Kita? Studynya di sulami dengan lagu-lagu lagho...... Kononnya, lebih mudah untuk masuk ke otak. Bila buntu, terasa otak sudah tepu, mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.

Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata. Jika belajar diniatkan kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala. Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu Metallica, Mariah Carey, Siti Nurhaliza dan sebagainya? Atau k ita niatkan kerana Allah bila menatap majalah HAI!, Mangga, URTV etc,.. Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of The Ring, Mami Jarum, one 2 ka 4, dll? Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap sendiri??
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu.
Tak pernah aku berdating atau berkasih-kasihan
Tapi, sedar tak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?

Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah. Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat. Apatah lagi bila melihat aurat orang lain,... (majalah hiburan) macam mana lah hati tak gelap... Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat. Ingatlah kawan-kawan,.... matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi
engineer tapi juga Hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti. Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti? Nak mintak syafaat para artis ke?

Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang langsung kat kita. Nak kenal ikut tanda sujud pun, sujud tak pernah l ama. Setakat cecah dahi kat sejadah lebih kurang satu dua saat. Kalau ikut bekas wudhu' pulak, wudhu' tak pernah sempurna. Jadi, kalau Rasulullah tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni ummatnya? Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti? Takutnya bila aku fikirkan... Terasa nak berhenti je dari belajar...

Nak beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yg diterajui kuffar. Dengan ilmu kita boleh menerajui pimpinan negara. Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang hina dan tidak berguna.

Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi?
jaga amal, jaga iman, jaga semayang Insya Allah..
semoga diredhai dan dirahmati-Nya selalu..Wassalam..




Sunday, September 20, 2009

Untukmu Ynag Bergelar Sahabat


Sahabatku di jalan Allah
pertemuan ini bukan milikmu
bukan jua milikku
inilah perancangan Allah Tuhan yang maha kuasa
Maha mengetahui segala rahsia
kerna dialah jua
kita kini saling mengenaliMU
mengasihiMU
menyintaiMU
kerana perjuangan kita satu
kerana tujuan kita satu


dan kerana Dia telah menetapkan
dapat mempelajari sesuatu daripada Mu di sini


Sahabatku yang dikasihi Allah
suatu pertemuan
yang terisi di dalamnya
kasih dan sayang
kerana perpisahan ini
usahlah membuat dirimu
memandang ke belakang
maralah ke hadapan
teruskan perjuangan
kerana hakikat pertemuan pasti ada perpisahan
namuan perjuangan suci
tiada penghujungnya
jika kau berhenti di sini
kau akan tercicir
di jalan dakwah ini
semarakkanlah semangat
perjuangan ini
hingga bersua kembali
di negeri abadi
andai tiada lagi
tercipta pertemuan untuk kita
di pentas dunia ini...

KHAS UNTUKMU




Teman.....
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.  
Teman, Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.
Teman, Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.  
Teman, Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.
Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu. Teman, Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.
Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman

Saturday, September 19, 2009

lebaran ini

Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini


Di hari lebaran mulia ini

Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman

Seluruh alam turut raikan

Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan

Lupakan segala silap dan salah

Insan bersatu membina ummah

Tuesday, September 8, 2009

tanda -tanda lailatulqadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Monday, September 7, 2009

DaRi PeNgeRusi ULI

Salam buat semua sahabat seperjuangan yang amat ana ksaihi dan selamat menjalani latihan iman...latihan industri ana harap antum semua sihat...maaf atas kelewatan menyiapkan blog ini...ana harap dengan adanya ruangan ini dapat lah kita sama-sama berkongsi ilmu di sini...dan merapatkan ukhwah di antara kita semua..dan tidak dilupakan juga selamat datang ke sucikasihilahi.blogspot.com...dr along fad untuk semua sahabat -sahabat seperjuangan yang anakasihi kerana allah..